Thursday, February 4, 2010

.:.ALLAH Know What The Best For Us.:.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..

Pada 20 Januari 2010, dapat tugas baru iaitu mencari data utk satu projek di fakulti. Pada mulanya, tak begitu confident untuk terima tugas tersebut disebabkan byk assingment perlu disiapkn (tapi, kenapa kwn2 ana yg lain boleh ye? jadi RA lg).. Lastly ana terima tugas tu. Banyak perkara baru yang ana belajar..first time menjejakkan kaki ke bhgn Asia Tenggara di Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM..byk sgt dokukmen2 kt sana. Setiap hari, pagi2 lagi ana menapak ke PTSL utk kumpul data..Dan semakin hari ana rasakan makin byk kerja yg perlu disiapkn. Setiap hari ana beri suntikan untuk diri bahawa Tanggungjawab Lebih Banyak Dari Masa Yang Ada. Oleh itu, ana perlu manfaatkan masa sebaiknya.

Namun, segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang...data tak dapat ana siapkan dalam masa 1 week . Dan kelewatan itu menyebabkan hanya setakat itu tugas ana. Sepanjang perjalanan selepas jumpa prof, ana membuat penilaian ke atas setiap yg berlaku sebelum ini dan mencari hikmah di sebalik semua ini.

Akhirnya, terdetik di hati...Ana gagal untuk do the best utk tugas itu. Namun, kesedihan dan terlalu memikirkan kegagalan itu bukan penyelesaiannya..The important thing is, koreksi diri dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Dan diri ini yakin bahawa ini pastinya tarbiyyah dariNYA dan Allah know what the best for me. Tiada lagi rasa resah di hati apabila kita yakin segalanya tarbiyyah dariNYA.

"Orang yang gagal sering mencipta alasan, dan orang yang berjaya menunjukkan hasil".
Pilihan ada di tangan kita.

Sekadar perkongsian dari seorang hambaNya yang lemah...Namun, Allah sentiasa memberi support kepada hambaNYA yang beriman.Yakinlah!

Wassalam.




No comments:

Post a Comment