Sunday, January 24, 2010

.:.KENAPA KITA LEMAH??.:.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam..
Sejak blog ini wujud, baru kali ini ana mencoretkan sedikit bingkisan sebagai peringatan especially untuk diri ana sendiri dan semoga bermanfaat juga untuk orang lain. Segalanya dengan izin dariNYA.

Ingin sekali ana berkongsi 'kemanisan' daripada program yang diadakan semalam. Pengisian oleh Ustaz Annuar Salleh yang telah memberi satu suntikan motivasi dan menyentak jiwa serta mengisi kekosongan jiwa yang lesu kerana tidak diberi perhatian diri sendiri. Dan persoalan di atas sering muncul dalam fikiran ana dan pastinya sahabat2 juga...kita rasa tak mampu untuk melakukan sesuatu...Di sini ana coretkan isi penting dari program tersebut:

Kenapa kita lemah?

*kerana kita tidak kenal Allah. Salah satu cara untuk kenal Allah adalah kita berfikir tentang nikmat yang telah Allah berikan kepada kita..terlalu banyakkan??
Jadi, adakah kita mahu terus lemah?? Pastinya tak mahu..Dan apa yang perlu dilakukan??

1) Bersihkan kekotoran jiwa dengan ILMU. Bagaimana??

*perlu tahu apa yang menyebabkan kekotoran jiwa dan hapuskan kejahilan

2) Akhlak (hubungan dengan Allah dan manusia)

*jaga lidah, hati dan perasaan

3)Taubat

*hijrah kepada yang lebih baik adalah dengan ILMU.

*istighfar (amalan harian)

*Taubat Nasuha dari dosa-dosa yang telah dilakukan. Ingatlah bhw Allah lebih kasih kepada
orang yang bertaubat kepadaNYA.

* Buat Audit - senaraikan dosa-dosa yang pernah buat dan bertaubat dari dosa-dosa itu.

4)Bina kekuatan - YA. Kekuatan perlu dibina.

* Baca dan fahami Al-quran (tilawah dan tadabbur). Jadikan al-quran sebagai teman bicara,
pasti hatimu menjadi tenang. Walau sesibuk manapun kita, bacalah Al-quran even satu ayat.

* segala penyelesaian ada terkandung di dalam Al-quran

* lakukan amalan - amalan sunat (puasa, solat sunat dll).

Sesungguhnya perubahan yang ingin kita lakukan lahir dari ILMU dan KEMAHUAN. Kemahuan yang kemahuan yang kuat untuk berubah menjadi insan yang lebih baik akan melahirkan 'action'.

Ana menyeru kepada diri sendiri terutamanya dan kepada sahabat-sahabat, marilah kita bangkit dari lena yang panjang. Laungkan dalam diri:

"Aku tak boleh lemah, masih banyak tugas yang perlu aku laksanakan sebelum aku kembali kepada pemilik diriku..ALLAH S.W.T.,,Jika aku biarkan diri ini terus lemah tak bermaya, aku pastinya orang yang rugi kerana orang lain tidak mampu untuk membawa titik perubahan dalam diriku jika aku sendiri TIDAK MAHU berubah.."

Lakukanlah perubahan sedikit demi sedikit agar ianya terkesan di hati..Berubah tidak semestinya kita berubah 360 darjah sekaligus..sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk kita mengubah sesuatu yang telah menjadi habit harian kita..Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan..sama ada kita MAHU @ TIDAK MAHU bukannya MAMPU @ TIDAK MAMPU. Sesungguhnya Allah akan memberi support kepada hambaNYA yang mahu mendekatiNYA dan merasai nikmatnya kasih sayang ALLAH.

Jika kita tidak mampu lakukan semua, jangan tinggalkan semua.

Sesungguhnya apa yang baik terlontar di sini adalah segalanya dari ALLAH S.W.T..Dan segala yang buruk adalah dari kelemahan ana sendiri.

Wallahua'lam.

Thursday, January 14, 2010

Alhamdulillah

Segala puji kupanjatkan padaMu Ya Rabb..
Dengan limpah kasihMu, bingkisan ini tercoret di sini,
Bukan untuk mencipta populariti dan kemegahan...
tapi,
Hanya dengan satu tujuan..Mahu bangkit dari lena yang panjang dalam zon yang selesa,
Dan berpijak di bumi yang nyata bahawa ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk kembara di dunia yang sementara ini,
Aku perlu berhijrah...berhijrah menjadi yang lebih baik,
Ruginya diri ini membiarkan masa lalu terbiar lama tanpa sebarang anjakan hijrah untuk dakwah ini,
Namun, Allah itu MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...
DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA,
DIA kurniakan ujian...sebagai tarbiyyah,
Agar hambaNYA sedar dari lena yang panjang dan teruskan langkah untuk menuju redhaNYA.
Segalanya dengan izinMU YA ALLAH.