Thursday, January 14, 2010

Alhamdulillah

Segala puji kupanjatkan padaMu Ya Rabb..
Dengan limpah kasihMu, bingkisan ini tercoret di sini,
Bukan untuk mencipta populariti dan kemegahan...
tapi,
Hanya dengan satu tujuan..Mahu bangkit dari lena yang panjang dalam zon yang selesa,
Dan berpijak di bumi yang nyata bahawa ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk kembara di dunia yang sementara ini,
Aku perlu berhijrah...berhijrah menjadi yang lebih baik,
Ruginya diri ini membiarkan masa lalu terbiar lama tanpa sebarang anjakan hijrah untuk dakwah ini,
Namun, Allah itu MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG...
DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA,
DIA kurniakan ujian...sebagai tarbiyyah,
Agar hambaNYA sedar dari lena yang panjang dan teruskan langkah untuk menuju redhaNYA.
Segalanya dengan izinMU YA ALLAH.




No comments:

Post a Comment